Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Hoshizuna no Hama adalah sebuah pantai kecil yang terletak di hujung utara dari Pulau Iriomote di Wilayah Okinawa, di Jepun. Hoshizuna no Hama yang bermaksud "pantai pasir bintang". Nama itu diambil kerana butiran pasir di pantai ini berbentuk seperti bintang kecil.
Butiran pasir yang berbentuk bintang itu sebenarnya bukanlah pasir, ianya merupakan exoskeleton (kerangka luaran :sepeti kulit siput) dari organisma kecil bersel satu yang berukuran hanya kira-kira satu milimeter. Organisma itu juga disebut Baclogypsina sphaerulata yang biasa hidup di antara rumput laut.
Baclogypsina sphaerulata sendiri, merupakan protozoa dari keluarga Calcalinidae, yang mempunyai bentuk seperti bintang. Mereka mempunyai 5 atau 6 duri runcing atau lengan yang membantu mereka bergerak dari satu tempat ke tempat. Kulit luar mereka diperbuat daripada kalsium karbonat, dan ketika mereka mati, kerangka mereka yang berbentuk bintang tertinggal di pantai dalam jumlah yang sangat besar.
Masa terbaik untuk mencari makhluk-makhluk ini, atau lebih tepat lagi kerangka mereka, adalah selepas taufan atau air pasang. Kerana saat itu, air laut akan membawa mereka ke pinggir pantai.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
loading...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan