loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Tallypress.com
 
Setuju atau tidak kalau kami katakan pemandu perempuan ada banyak keistimewaan. Nak tahu kenapa? Jom baca.
 
#1. Ada masa mereka memandu secara ‘Slow & Steady”
Mereka boleh memandu dengan tenangnya di lorong kanan dengan kelajuan 40km/h dan tanpa menghiraukan anda di belakang yang sudah banyak kali bagi hint untuk ke tepi.
 
#2. Ada masa mereka memandu seperti ‘Fast & Furious”
 
Ada pemandu perempuan lain pula yang memandu lagi laju daripada pelumba F1. Cilok sana sini.
 
#3. Ada masa mereka sendiri tak tahu mereka nak ke mana
Pemandu begini paling menguji kesabaran. Bila mereka tak tahu nak masuk simpang kiri ke kanan. Perlahankan kenderaan, kejap-kejap break tanpa fikir banyak lagi kereta di belakang.
 
#4. Kasut, sandal, selipar lebih daripada satu di dalam kereta satu kemestian
Sediakan payung sebelum hujan perumpaan yang sesuai. Dalam apa jua keadaan mereka ada kasut yang sesuai.
 
#5. Boot kereta almari kedua
 
Segalanya di sumbat dalam boot kereta. Nak cari apa? Semua ada.
 
#6. Suka hias kereta
Jangan pelik kalau anda lihat kereta penuh dengan teddy bear, bantal dan barangan berwarna merah jambu.
 
#7. Namakan kereta mereka
Jangan terkejut kalau kawan perempuan anda panggil kereta mereka dengan nama Baby, Cherry, Betty dan sebagainya.
 
#8. Ambil masa yang lama sebelum keluar kereta
Sebab apa? Sebabnya mereka akan tengok cermin dahulu adakah semuanya okay. Touch up muka, pakai lipsticks, balas mesej, pakai kasut dan sebagainya.
 
#9. Susah ingat jalan
Walaupun dah banyak kali lalu jalan yang sama, mereka masih belum mampu ingat jalan. Ada yang lebih teruk tak tahu kiri atau kanan. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top