loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Datuk Bahri Mohamad Zin

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI]
Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Bahri pernah panas apabila beliau pada tahun 2015 lalu, secara tiba-tiba diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Namun, arahan itu tidak dikuatkuasakan sebaliknya beliau dikekalkan,bagaimanapun tidak dinyatakan menyandang jawatan sama atau sebaliknya.

Bahri sebelum itu, pada hari sama berjumpa dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini dilaporkan menyebut beliau dipindahkan atas 'masalah disiplin'. - sinarharian Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top