loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Nora Danish sudah membayangkan perkahwinannya dengan Nedim Nazri pada tahun ini.

KUALA LUMPUR:
Pelakon Nora Danish memberitahu tiada sebarang majlis besar-besaran untuk meraikan perkahwinan dia dengan Nedim Nazri, sebaliknya ia sekadar akad nikah di rumah sahaja.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 36, berkata, dia tidak akan membuat sebarang sidang media untuk menguar-uarkan tentang perkahwinan mereka kepada umum.

"Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran.

"Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran," ujarnya.

Nora Danish dan Nedim Nazri antara yang hadir pada pelancaran portal beli-belah Haqqi.

Nora ditemui pada majlis pelancaran portal membeli-belah Haqqi yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, di sini, Selasa.

Dia mengulas selepas disoal tentang perancangan tahun 2017 dalam kerjaya dan hal peribadinya.

Sementara itu, tambah Nora, dia akan memberitahu dan berkongsi tentang perkara itu jika sampai masanya nanti.

Selain itu, Nora yang melancarkan koleksi pakaian muslimah eksklusif untuk portal Haqqi mengakui mempunyai niat untuk menutup aurat dan berhijab.

Katanya, dia perlu membuat persediaan yang secukupnya sebelum mengambil keputusan ke arah itu.

"Sejak saya menceburi bidang perniagaan tudung, jubah dan baju muslimah beberapa tahun lalu, sudah ada niat untuk ke arah itu (bertudung).

"Cuma saya tidak mahu menjadi antara orang yang tidak istiqamah iaitu pakai dan buka, perkara ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Insya-Allah saya akan berubah menjadi yang lebih baik," ujarnya. - mstar



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top