Kucing antara haiwan yang suka tidur. Seekor kucing boleh tidur sekitar 16 jam sehari.
Kebiasaannya kucing yang mempunyai bulu 3 warna adalah betina. Manakala jika kucing jantan mempunyai bulu 3 warna, selalunya kucing tu mandul.
Kucing memiliki 30 batang gigi di dalam mulutnya.
Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 jenis bunyi berbanding anjing yang hanya boleh mengeluarkan kira-kira 10 bunyi.
Kucing yang bermata biru adalah pekak. Semua anak kucing dilahirkan bermata biru bila semakin besar barulah warna mata berubah.
Kucing boleh mencari jalan pulang biarpun dibuang beberapa kilometer dari rumah.
Seekor kucing mampu melompat tujuh kali lebih tinggi dari tubuhnya.
Kucing adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam.
Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia.
Memori seekor kucing jauh lebih baik berbanding anjing dan monyet. Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati. Dan jika ada kucing peliharaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan mencukur kening mereka sebagai tanda sedang berkabung. Kucing ada kebolehan menenangkan manusia. Bila kita membelai kucing, tekanan darah akan turun dan denyutan jantung akan menjadi stabil.
Kucing mampu berlari hampir 50km/jam
Seekor kucing betina akan hamil kira-kira 58 – 65 hari
Coklat boleh menjadi racun kepada kucing. Begitu juga dengan aspirin.
Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif kepada bau, hampir 40 kali leih dari manusia.
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.