Berikut kami kongsikan tips penting bagaimana anda boleh bercuti di Pulau Boracay dengan gembira tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak.
1. Terlebih dahulu kena tahu ini dulu. Cara sebutan yang betul untuk Boracay adalah Borakai. Jangan salah sebut pula bila dah ada kat sana nanti cepat-cepat mereka tolong betulkan. Hehe.
- Station 1: Hotel mewah yang mempunyai pantai persendirian.
- Station 2: Hotel sederhana mewah
- Station 3: Hotel bajet dan backpaker
Jadi kalau nak berjimat carilah station ke-3 tu. Hehe!
3. Pengangkutan yang paling murah ketika di Boracay adalah tuk-tuk. Jadi kalau nak naik tuk-tuk tu, tahan sahaja yang lalu di tepi jalan. Biasanya tambang yang dikenakan cuma 100 Peso (lebih kurang RM10). Untuk transit van dan bot daripada Kalibo ke Boracay, anda tak perlu booking online.
Sebaik saja mendarat dan turun dari kapal terbang, boleh terus ke kaunter van dan kereta yang banyak terdapat di luar lapangan terbang. Malahan mereka akan memanggil dan tawarkan harga untuk anda. Biasanya harga yang ditawarkan adalah 250 Peso (RM25) untuk tambang van dan bot, perjalanan sehala.
4. Anda dapat bezakan pantai di Station 1, Station 2 dan Station 3 melalui pasirnya. Pasir di Station 1 sangat lembut, manakala di Station 3 agak kasar. Suka pemandangan matahari terbenam? Aha! Bersedialah seawal jam 5 petang untuk anda rakamkan pemandangan yang indah di Boracay!
6. Bila membeli belah di Boracay anda boleh tawar menawar sama seperti di Malaysia. Maka gunakanlah segala skill dan kemahiran yang ada untuk dapatkan harga terbaik. Ada 2 lokasi membeli belah popular di Boracay iaitu di D’Talipapa dan di D’Mall. Harga barang di D’Talipapa lebih murah, anyway! :)
8. Sebaiknya elakkan dari ambil pakej aktiviti melalui ejen yang akan memanggil dan mendekati anda sambil tawarkan pakej aktiviti mereka ketika di Boracay. Senaraikan apa aktiviti yang anda mahu lakukan dan terus tempah di kaunter operator aktiviti tersebut. Lebih jimat dan selamat.
Apapun kepada yang ingin bercuti ke mana sahaja destinasi di dunia ini, hati-hati dan semoga percutian anda memberikan kenangan yang manis sepanjang hayat. - ohmedia
Lawat: Tidak Dapat Menghilangkan Selulit Di Badan Anda? Mungkin Dengan Rawatan Ini, Anda Mampu Menghilangkannya. Ketahui Di Sini Dengan Lebih Lanjut. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan