SEBUAH majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dalam kemeriahan bertukar menjadi ‘tragedi’ apabila bekas teman lelaki kepada pengantin wanita, telah meletakkan gambar lucah wanita berkenaan di atas meja.
Lebih malang apabila gambar tersebut yang memaparkan aksi lucah wanita itu dan bekas kekasihnya, telah diletakkan di atas meja semua tetamu menyebabkan keadaan menjadi kecoh.
Kejadian terbabit dipercayai berlaku di Toronto, Kanada.
Sebaik sahaja abang pengantin wanita melihat gambar itu, dia telah mengamuk kerana menyangka ia diletakkan oleh pengapit pengantin lelaki.
Keadaan menjadi tegang dengan meja terbalik dan gelas pecah. Bagaimanapun tidak diketahui bila kejadian malang itu berlaku. – Mynewshub
Menarik: Anda Ingin Kelihatan Lebih Muda Dari Semalam, Dan Juga Hari Sebelumnya! Ketahui Rahsianya Di Sini! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan