Sekeping gambar seorang tukang cuci yang memandang emas bernilai ribuan Riyal daripada luar sebuah kedai di ibu negara Arab Saudi, Riyadh telah menjadi viral di laman sosial di negara berkenaan.
Seorang pengguna media sosial dikatakan telah mengejek dan menghina gamabr lelaki tersebut di laman Twitternya, katanya terhadap gambar itu "Dia melihat seolah-olah dia melihat sampah,".
Tweet berkenaan telah membuatkan ramai netizen berang di mana mereka menganggap ia sebagai tindakan kurang adab.
Tweet beliau mendapat sambutan ramai, ia telah dikongsi lebih 6,500 kali dan mereka akhirnya berjaya menjejaki lelaki tukang cuci berkenaan yang melihat emas dari tingkap dan dihina sebelum ini.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ارجو ممن يعرف هذا العامل ان يتواصل معي.
فله طقم ذهب مجاناً . pic.twitter.com/Md3fVUjqUB
"Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci di bandar ini dan ternampak sebuah kedai barang kemas, lalu melihatnya saja-saja. Saya amat gembira dengan hadiah yang diberi ini dan amat berterima kasih," katanya kepada CNN.
Selepas beliau berjaya dijejaki, warga Arab Saudi dikatakan tidak putus-putus menghantar brang kepadanya di mana ada yang memberikan beras, madu, tiket penerbangan pulang ke negara asalnya dan malahan dia turut memperoleh dua unit telefon canggih iaitu iPhone 7 dan Samsung Galaxy.
Catat Ulasan