loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Gambar:Root of Science
Gambar:Root of Science
Benarkah Collagen Membuat Kulit Muka Kelihatan Cantik Dan Muda?|Mutakhir ini ramai yang mencanangkan produk collagen mampu menegangkan dan membuat kulit muka kelihatan cantik dan muda.
Berbagai-bagai testimoni diberikan untuk menunjukkan bahawa produk ini benar-benar berkesan. Tetapi adakah ianya benar mampu menegangkan kulit malah mengembalikan wajah kepada usia remaja.
Collagen hanyalah sejenis protein.
Dikutip dari sumber Root of Science. Seperti yang kita semua tahu, kulit kita terdiri daripada berbagai bahan termasuklah collagen. Collagen lah yang akan membuatkan kulit kita lebih anjal. Apabila semakin meningkat usia, collagen pada bahagian kulit dikatakan semakin berkurangan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal dan kedutan semakin bertambah.
Ini membuatkan masyarakat terutamanya kaum wanita sedaya upaya mengambil pelbagai produk untuk menambahkan collagen dalam kulit termasuklah produk kolagen itu sendiri.
Produk ini dinamakan sebagai kolagen kerana ianya terdiri daripada kolagen yang diambil drpd haiwan. Ianya merupakan salah satu jenis protein yang terdapat di dalam haiwan.
Dan perlu diketahui bahawa kolagen merupakan salah satu jenis protein seperti mana protein yg terdapat di dalam daging haiwan. Protein ini(collagen) apabila memasuki saluran pencernaan akan diuraikan kepada unit asas protein iaitu amino acid.
Sama sahaja jika kita makan protein lain. Kandungan amino acid dalam protein termasuklah collagen selalunya adalah sama. Cuma cara susunan amino acid yang membentuk protein itu sahaja yang berlainan
***Amino acid merupakan unit asas kepada protein. Sama seperti kanji. unit asas kanji adalah glukosa
Oleh itu tiada beza jika anda ambil protein daripada daging ataupun daripada collagen itu sendiri. Sebab akhirnya ia akan membentuk amino acid juga.
Orang kita selalu salah sangka apabila kita ambil banyak kolagen, maka kolagen itulah yang akan diserap terus masuk ke bahagian kulit. Itu adalah kefahaman yang salah.
Kolagen pada bahagian kulit manusia sebenarnya dihasilkan oleh sel badan kita sendiri. Sel ini akan menggunakan unit-unit asas protein iaitu amino acid untuk dijadikan kolagen yg akan membina struktur kulit. Bukan terus daripada kolagen yg kita makan tu.
Kajian berkenaan collagen dan kesan pada kulit
Pada tahun 2014, telah ada satu kajian klinikal berkenaan kolagen yg telah dilakukan kepada manusia. Jenis kajian yang digunakan adalah ‘Double blinded placebo- controlled trial’.
Jika kita belajar berkenaan dengan jenis-henis kajian, double blinded placebo-controlled study merupakan salah satu kajian klinikal yang boleh diterima pakai.
Dalam kajian ini mereka menggunakan collagen type I daripada porcine(drpd babi) untuk diberikan kepada peserta. mereka akan memeriksa keanjalan kulit, kelembapan kulit, kedutan kulit dan beberapa perkara lagi. Pemeriksaan tersebut dilakukan pada minggu ke-4 dan ke-8 setelah mengambil produk itu setiap hari.
Keputusannya, hanya keanjalan kulit sahaja yang bertambah. Manakala, kedutan, kelembapan muka dan lain2 ujian adalah sama sahaja. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak boleh dipukul rata untuk semua jenis collagen disebabkan kajian ini menggunakan jenis collagen yg spesifik.
Kesimpulan
1) Produk kolagen sendiri tidak membantu menghilangkan kedutan pada kulit
2) kolagen hanyalah sejenis protein seperti protein yg berada di dalam daging lembu, ayam dan ikan
3) Banyakkan mengambil anti oxidant yg mengelakkan kerosakkan pada kulit dan membantu dalam penghasilan kolagen seperti vitamin C. Vitamin C yg paling efektif utk kulit adalah dalam bentuk krim. Vitamin C yang dicucuk terus dalam saluran darah adalah dilarang sama sekali.
http://eberita.org/benarkah-collagen-membuat-kulit-muka-kelihatan-cantik-dan-muda/
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top