Oleh Feyra Nasrom sumber Sinar Harian
“Setiap insan akan lalui fasa jahil, setiap orang ada dosa, kejarlah akhirat, jangan rasa malu untuk mengaji al-Quran “
Perkongsian daripada pengarah dan pelakon hebat Datuk Rosyam Nor akui dirinya tidak pandai mengaji sehingga berusia 45 tahun. Surah yang hanya dihafal cuma 3 iaitu al- Fatihah an-Nas dan al-Ikhlas sahaja. Namun, dia tidak malu membuat pengakuan malah cuba melengkapkan amalan itu sehingga berjaya.
“Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan ALLAH SWT, Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah.
“Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,”
Setelah kehilangan bapa tercinta, Datuk Rosyam sedar dirinya tidak pandai mengaji , sejak daripada itu, beliau simpan hasrat yang tinggi untuk belajar al-Quran. Ketika penggambaran akhir KL Gangster 2 , muncul seorang hamba Allah yang membantu Datuk Rosyam untuk belajar mengaji.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa.
“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya
Lelaki berkenaan merupakan seorang ustaz dan sejurus berjumpa, hati Rosyam terdetik untuk memberitahu bahawa dirinya tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya dengan persendirian. Namun, di saat itu, Rosyam sangat malu jika orang ramai tahu dirinya tidak pandai mengaji. Setelah segalanya dipermudahkan, Datuk Rosyam akhirnya berjaya membaca dengan baik dan khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah-GMMJ/Saya-Tidak-Malu-Mengaku-Biar-Semua-Orang-Tahu-Datu
Catat Ulasan