Sekarang ni semuanya dihujung jari saja kan, beli barang pun senang dah tak perlu pergi kedai. Online shop makin hari makin banyak, apa saja yang kita mahu ada. Bagi yang sibuk dengan kerja dan aktiviti seharian memang suka beli online, tahu-tahu barang dah sampai.
Tapi, harus berhati-hati sebab banyak yang mengambil kesempatan. Ramai yang fake! Jangan mudah percaya dengan apa yang diiklankan. Seboleh-bolehnya siasat dulu sama ada boleh dipercayai atau tak. RM50 pun duit jugak kak oi. Jom lihat apa jadi dengan adik ni apabila cuba ditipu penjual online.
1. Jual barangan dengan harga yang sangat murah kononnya barang rampasan kastam
2. Tawaran yang tak masuk akal. Beli handphone percuma laptop dan kamera?
3. Tak boleh COD (cash on delivery), macam-macam alasan diberi
4. Mendesak untuk membuat pembayaran segera. Asyik tanya status pembayaran je!
5. Bila minta bukti, gambar ic misalnya dorang susah nak bagi
Ha, kalau dah jadi meragukan macam ni baik hentikan je urusan. Gambar ic pun meragukan. Dan macam-macam lagilah alasan yang dorang bagi supaya korang terpedaya. Bila dah bank in scammer ini biasanya akan block korang, bila dah jadi macam ni pandai-pandai la report ke tribunal pengguna untuk mendapatkan hak korang kembali.
Apa-apa pun berdoalah supaya golongan yang suka menipu ni bertaubat. Kesian orang yang betul-betul memerlukan.
sumber: Senarai Nama Penipu Online
http://www.ohbulan.com/jual-handphone-rampasan-murah-iphone-6-rm650-je-taktik-scammer-yang-korang-perlu-tahu/
Catat Ulasan