Walau mungkin ia tidak pernah disuarakan tapi suami yang pulang ke rumah selepas penat bekerja tentunya ingin disambut oleh isteri tercinta. Lebih menggembirakan hatinya bila dirai oleh isteri serta anak dalam keadaan yang menyenangkan.

Rumah bersih serta penampilan isteri yang sedap mata memandang akan meleburkan kepenatannya selepas seharian bekerja. Tapi cara menyambut kepulangan suami bukan dengan dua perkara itu saja.

Ada lagi cara lain yang lebih menyentuh hati suami hingga mungkin membuatkan dia teruja untuk pulang awal setiap hari bertemu anak serta isteri.
Tip dan layanan di bawah ini amat sesuai dipraktikkan untuk anda yang pulang bekerja lebih awal dari suami atau pun suri rumah. Katanya nombor tiga itu adalah cara paling disukai suami. Cuba perhati, ada tak anda melakukan perkara di bawah ini.

1. Memperlihatkan simpati
Fahami peranan suami yang di bahunya terletak tanggungjawab mencari nafkah keluarga. Jika semua isteri memahami keadaan suami yang bekerja keras selama di tempat kerja demi meraih rezeki maka dia akan lebih menghargai kepulangan suami.

Raikan suami  dan tunjukkan rasa simpati atas kepenatannya bekerja. 'Abang penat ya, sayang buatkan air ya' cara ini saja sudah menyejukkan hati suami. Nampak macam scene drama tapi hakikatnya inilah petua yang dipraktikkan ibu-ibu kita dulu. Jangan sesekali buat tidak endah kepulangan suami kerana ia memperlihatkan anda tidak menghormati dirinya.

2. Senyuman manis