Walaubagaimanapun, Raha hari ini telah tampil menerusi Kosmo Online dan menafikan perkara berkenaan. Jelas Raha, beliau akui pernah meluahkan hasrat untuk berpisah dan sepanjang tempoh itu Salih hanya berdiam diri dan tidak pernah menghubungi beliau untuk bertanya khabar.
Perkara itu yang membuatkan Raha mula tawar hati lebih-lebih lagi selepas Salih tidak pulang ke rumah dan saat itu beliau merasakan berpisah adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya.
Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas.
Malah, Raha bertemu cinta baharu selepas beliau bercerai dengan Salih dan sekaligus menepis dakwaan bekas suaminya yang punca penceraian adalah kerana reunion sekolah.
Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga.
Mungkin berlaku salah faham antara Salih dan Raha sehingga bekas penyampai radio itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada media. Harapnya dengan penjelasan terbaru oleh Raha tiada lagi sebarang spekulasi yang dibuat mengenai rumah tangga mereka, lagipun Raha juga sudah move on dan mempunyai kehidupan baharu.
Catat Ulasan