loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Baru-baru ini, pelakon Salih Yaacob, 55, telah menceraikan isteri keduanya Nor Raha Ahmad, 47, katanya atas permintaan Raha sendiri. Salih turut memberitahu antara puncanya ialah reunion skeolah yang dihadiri oleh Raha dan orang ketiga yang kini menjadi suami Raha.
Kepada Utusan Online, Raha memberitahu itu bukan sebab-sebab dia meminta cerai, sebaliknya dia sudah meminta untuk Salih menceraikannya sejak empat tahun lepas.

 photo Salih-Yaakob_cerai.jpg
Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.
Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri.
Malah, Raha yang merupakan ibu kepada enam orang anak memberitahu punca perceraian mereka ialah masalah kewangan. Raha memberitahu dia juga telah lama memendam rasa kerana Salih tidak memberi perhatian padanya dan tidak berlaku adil sepanjang perkahwinan mereka.
Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.
Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga.
Menurut Raha, dia mengenali suami barunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama, jadi reunion mahupun kewujudan orang ketiga tidak sepatutnya dikatakan punca kegagalan perkahwinan mereka. Tambahan pula Raha mengakui dia kini lebih bahagia setelah bercerai dengan bekas suaminya itu.
Begitulah, bila sudah bercerai perkara yang tidak sepatutnya juga terdedah. Lebih baik jika dianggap sudah tidak ada jodoh dengan pasangan itu dan move on supaya kita boleh membina kehidupan baru yang lebih bahagia.
Diharap kedua-dua belah pihak akan mencapai kata sepakat selepas ini. Yang lepas, biarkan berlalu.
http://beautifulnara.com/bekas-isteri-kedua-salih-yaacob-dakwa-punca-perceraian-ialah-masalah-kewangan/

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top