loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Kahwin Emma Maembong Tunggu Ayah Bagi Lampu Hijau

Pelakon Emma Maembong mengakui sedang menunggu lampu hijau daripada ayahnya, Ismail Embong sebelum berkahwin dengan Kamal Adli.

“Saya perlu mendapatkan lampu hijau daripada ayah. Sekiranya dia nampak anaknya sudah bersedia, dia pasti benarkan. Di mata ayah sekarang, saya ibarat kanak-kanak berusia 11 tahun.

“Ayah seakan-akan belum sedia melepaskan saya dan sebagai anak saya kenalah akur. Kamal pula seorang pemuda yang baik kerana sangat menghormati ayah. Dia sanggup menunggu saya,” katanya.

Menurut Emma lagi, dia sangat menyayangi dan menghormati bapanya, malah tidak sanggup melakukan perkara yang menyakiti hati ayahnya.

Bahkan, Kamal sering hadir memberikan sokongan terhadap program membabitkan kekasihnya itu termasuk majlis ulang tahun ketiga kelab peminat Emma iaitu Emavengers (EV) baru-baru ini.

Kehadiran Kamal bersama adik Emma, Ahmad menjadi bukti bahawa hubungan pasangan ini serius.

Sumber: Harian Metro
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top