loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Azwan Ali berkata dia akan mendapatkan 2 peguam bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan tindakan undang-undang daripada syarikat kicap Tirana Products Sdn Bhd berkaitan kenyataan yang dilemparkan mengenai kicap berkenaan di Instagramnya.

Dia juga tidak akan menarik balik kenyataan yang telah dibuat sebelum ini kerana merasakan dia berada dipihak yang benar, kata Azwan.

Memetik kenyataannya dari Sinar Harian, "Yang saya katakan itu tentang iklan, bukan produk, saya berpegang teguh bahawa sebagai seorang yang cukup berpengalaman saya mempertahankan hak untuk memberi komen tentang semua iklan, rancangan televisyen tanpa was-was,"

Sebelum ini, beberapa portal melaporkan Peguam Tirana Products Sdn Bhd, Adnan Seman berkata, pihaknya mahu Azwan Ali membuat aku janji atau memohon maaf jika tidak mahu berhadapan tindakan undang-undang berkaitan kenyataannya yang dianggap keterlaluan dan bersifat provokatif terhadap kicap Tirana itu.

Syarikat milik bumiputera itu memberi tempoh sehingga 26 Januari ini untuk Azwan Ali memenuhi tuntutan berkenaan, kata Adnan Seman.

Dalam kenyataannya di sidang media di Petaling Jaya semalam, Adnan berkata “Pada 12 Januari kami mengeluarkan surat tuntutan berkaitan kenyataan dikeluarkan Azwan Ali melalui akaun Instagram beliau menggunakan nama divaazwanavazz."

Jika Azwan gagal mematuhi tuntutan kami itu sehingga tarikh yang ditetapkan, pihaknya akan berbincang dengan syarikat itu bagi menentukan langkah selanjutnya, tambah Adnan Senan.


Sebelum ini Azwan telah memuat  klip video iklan kicap Tirana dan juga satu video parodi yang menayangkan dirinya menuang kicap berlebihan ke atas satu hidangan sambil meniru loghat atau gaya percakapan model yang terlibat di dalam iklan tersebut.


https://www.sukanstartv.com/240/azwan-ali-lantik-2-peguam-untuk-kes-kicap
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top