loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Punca Permohonan BR1M 2016 Gagal

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 ditutup, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut: Bil Nama Agensi Bil Nama Agensi 1 Jabatan Pendaftaran Negara 7 Polis Diraja Malaysia 2 Angkatan Tentera Malaysia 8 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 3 Jabatan Akauntan Negara Malaysia 9 Kumpulan Wang Amanah Pencen 4 Jabatan Perkhidmatan Awam 10 Jabatan Pengangkutan Jalan 5 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 11 Kementerian Pendidikan Tinggi 6 Jabatan Agama Islam Negeri 12 Suruhanjaya Syarikat Malaysia SEBAB DAN PUNCA PERMOHONAN BR1M 2016 TIDAK BERJAYA ATAU GAGAL Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal Menerusi semakan MYsumber dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama atau kesilapan yang membuatkan permohonan BR1M itu tidak diluluskan atau gagal Pendapatan Bulanan Melebihi Syarat Layak Ini adalah punca utama, walaupun pemohon mengisi jumlah pendapatan tidak melebihi syarat kelayakan namun semakan dengan agensi ditetapkan mendapati pendapatan kasar bulanan tersebut melebihi syarat ditetapkan Pertindihan Nama Pada Tanggungan Contoh. Si A mohon Kassim sebagai tanggungan, pada masa sama Si B juga mohon Kassim sebagai tanggungan. Jadi, salah seorang sahaja yang layak Maklumat Tidak Lengkap Maklumat peribadi yang perlu diisi tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon Punca Dan Sebab-Sebab Lain Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap Maklumat tanggungan tidak lengkap Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Nama pemohon berbeza dengan data JPN Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan Permohonan lebih daripada satu kali Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual



Pautan Sumber: mysumber.com
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top