Tertangkap dek telinga ujaran seorang juri rancangan 'realiti agama' tempatan...
Katanya, mati di mana-mana sekali pun, sama sahaja. Tiada sebarang kelebihan...
Berikut adalah hadis berhubung kelebihan mati di Madinah dan Mekah.
1. Kelebihan mati di Madinah
Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam :
من استطاع منكم أن يموتَ بالمدينةِ فلْيَمُتْ ؛ فإنه من مات بالمدينةِ شَفعْتُ له يومَ القيامةِ
Terjemahan : "Sesiapa yg 'mampu' untuk mati di Madinah, maka [berusahalah untuk] mati [di situ]. Sesungguhnya, sesiapa yang mati di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat".
Penilaian hadis :
i. Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Zawajir : Sahih atau hasan
ii. Albani dalam Sahih al-Targhib : Sahih
iii. Al-Hafiz Ibn Abd al-Hadi dalam al-Sorim al-Munkiy : Sahih
iv. Syaikh Ahmad Syakir : Sahih Li Ghairih.
Hadis di atas dikuatkan lagi oleh satu hadis riwayat Imam Muslim.
Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :
من صبر على لأوائِها وشدتِها ، كنت له شهيدًا أو شفيعًا يومَ القيامةِ . يعني المدينةَ
Terjemahan : "Sesiapa yang bersabar [dalam menghadapi] kesempitan hidup dan kemarau [di Madinah], aku akan menjadi saksi atau memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat".
NOTA : Terjemahan berpandukan huraian Syaikh al-Tabrizi dlm Misykatul Masabih.
2. Kelebihan mati di Mekah :
Diriwayatkan dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :
من ماتَ في أحدِ الحرَمينِ بُعِثَ آمنًا يومَ القيامةِ
Terjemahan : "Sesiapa yang mati di salah satu [tanah] Haram (Mekah atau Madinah), akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman".
Penilaian hadis :
i. Ramai muhaddith menilainya dhaif, dan ada juga yang menilainya tiada asas atau palsu.
ii. Al-Hafiz Nuruddin al-Haithami dlm Majma' al-Zawa'id : Isnadnya hasan
iii. Imam Sayuti dlm al-La Ali' al-Masnu'ah : Hasan disebabkan syawahidnya yg banyak.
Wallahu a'lam.
Catat Ulasan