loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Kuala Lumpur: Jika sebelum ini Rozita Che Wan menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta mewah jenis BMW kerana cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, kini Che Ta mahu menghadiahkan kereta jenis Nissan GT-R pula untuk anak keduanya Aniq Ezzra, 18, yang kini sedang menunggu keputusan SPM.

Che Ta, seorang pelakon dan juga pengacara, berkata dia memang menjanjikan habuan untuk anaknya tetapi dengan syarat mereka perlu cemerlang dalam pelajaran.

Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.



Tambah Che Ta lagi, anak-anaknya itu juga turut diberikan elaun mingguan.

Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” katanya. - Siakapkeli.my
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top