loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Maaf sudah dipohon beberapa kali namun masih ada warga Papua belum berpuas hati pada Cita Citata.
Kali ini Forum Papua Bersatu (FPB) menuntut Cita Citata datang meminta maaf secara berdepan di Papua.
Tidak cukup dengan itu, sesuai dengan adat penduduk setempat, mahu penyanyi Sakitnya Tuh Di Sini itu membawa 500 babi sebagai tanda keikhlasannya menyesali 'kesalahan' lalu.
Ketua FPB, Yan Matuan, berkata mempersembahkan haiwan berkenaan memang amalan budaya Papua.
"Babi penting sebagai cara penyelesaian perbalahan mengikut adat Papua," katanya.
Sebelum ini Cita Citata dianggap menghina penduduk Papua kerana - secara bergurau - membandingkan wajahnya dengan penduduk pulau berkenaan.
Insiden berlaku pada Februari tahun lalu ketika Cita Citata menjadi hos sebuah rancangan televisyen dan berpakaian seperti penduduk asal Papua.
Ketika diwawancara, Cita Citata berkata: "Masih tetap cantik, tak macam orang Papua, kan?"
Selepas mendapat kritikan ramai, Cita Citata membuat permohonan maaf berkali-kali tetapi nampaknya ia belum memadai.
Yan berkata, jika Cita Citata, 21, gagal memenuhi tuntuan itu mereka bersedia mengambil langkah lanjut, termasuk menuntut supaya semua lagu penyanyi itu diharamkan.
https://www.malaysiakini.com/hiburan/327607
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top