loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KUALA LUMPUR – Pengacara sensasi, Azwan Ali hari ini memberitahu akan melantik dua peguam bagi mengendalikan sebarang tindakan undang-undang daripada syarikat kicap Tirana Products Sdn Bhd berhubung kenyataan dikeluarkannya mengenai kicap berkenaan di Instagramnya.

Sinar Online melaporkan Azwan berkata, dia juga tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini kerana merasakan dia berada di pihak yang benar.

“Yang saya katakan itu tentang iklan, bukan produk, saya berpegang teguh bahawa sebagai seorang yang cukup berpengalaman saya mempertahankan hak untuk memberi komen tentang semua iklan, rancangan televisyen tanpa was-was,” katanya.

Semalam, peguam yang mewakili syarikat kicap berkenaan, Adnan Seman, berkata pihaknya meminta Azwan Ali membuat aku janji atau memohon maaf atau berhadapan tindakan undang-undang berhubung
kenyataannya yang dianggap melampau dan bersifat provokatif terhadap kicap Tirana.

Notis tuntutan telah diberikan kepada Azwan pada 12 Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.

Adnan Seman berkata, syarikat milik bumiputera itu memberi tempoh sehingga 26 Januari ini untuk Azwan memenuhi tuntutan berkenaan.

Sebelum ini, Azwan di dalam Instagramnya memuat naik komen dan juga video berupa provokasi ke atas iklan komersil Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen dengan menampilkan Aznil Nawawi.

Malah Azwan juga turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma. – TheRakyatPost
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top