loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
23Shares
BARU-BARU ini industri hiburan dikejutkan dengan berita seorang pengarah telah menumbuk pelakon Ika Nabella ketika berada di set penggambaran hingga menyebabkan mulutnya cedera dan tidak dapat dibuka.

BACA: Pengarah Tumbuk Ika Nabella Hingga Mulut Tak Dapat Dibuka?

Susulan kejadian itu, penerbit drama tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor mengarahkan penggambaran ditangguh bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama, Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon, Mahmud Ali Basha.
Pada masa sama, Rosyam yang sinonim dengan jolokan ‘hero Malaya’ suatu ketika dahulu mengakui, terkejut dengan insiden tersebut sebaik dimaklumkan mengenainya.
“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai.
“Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan baru selesai bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,” ujarnya kepada mStar Online.
Difahamkan, Ika telah membuat laporan terhadap pengarah drama, Azma Aizal Yusoof di Balai Polis Hulu Klang, Selangor pada malam hari kejadian.
Azma Aizal sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia TV3 selain membintangi beberapa drama.
Dalam pada itu, Ika yang dihubungi akui masih dalam keadaan trauma dan enggan mengulas lanjut atas arahan pihak berkuasa dan keluarga. – MYNEWHUB.CC
Sumber: mStar Online
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top