loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Selepas dirinya dikritik kononnya menunjuk-nunjuk dengan memberi hadiah yang mahal-mahal kepada anak-anak, pelakon Rozita Che Wan tampil mempertahankan tindakannya dengan mengatakan setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri.

Kritika timbul terhadap Che Ta selepas dia dan suami, Zain Saidin menganjurkan majlis hari jadi yang pertama buat puteri mereka, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November lalu.

Aaisyah turut mendapat rantai berlian, dan nilai hadiah itu menjadi buah mulut peminatnya.

“Semua orang sayang anak dan akan buat apa sahaja demi menggembirakan buah hati mereka. Sama juga dengan saya. Saya akan buat apa yang dirasa boleh gembirakan mereka walau hanya dengan bawa bercuti, anjurkan majlis hari lahir dan hadiahkan mereka sebagai ganjaran atas kejayaan yang diperoleh anak-anak”

“Bagi saya, semua orang akan mewahkan anak-anak dengan cara sendiri. Bezanya, disebabkan saya seorang selebriti dan setiap tindak-tanduk menjadi perhatian, maka perkara ini menjadi isu besar. Walhal, ia perkara biasa”

“Cuma masyarakat di luar sana yang terlalu ‘mengambil berat’ akan perihal kami sekeluarga. Sekarang saya amalkan sikap tidak mahu terlalu berkongsi tentang apa yang saya berikan kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi tentang harga seperti rantai Aaisyah,” jelasnya memetik Rotikaya.

Selepas timbul isu nilai rantai berlian itu, Che Ta memberitahu dia dan suaminya tidak mahu mendedahkan harga rantai itu kepada umum. -Siakapkeli.my
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top