Kita dapat mengelakkan riba.
Melalui 7 cara berikut.
Walaupun debu riba itu masih terkena disebabkan terlalu ramai yang terlibat dengan riba.
1) Jadi pelanggan perbankan Islam sahaja
Untuk riba berkaitan hutang piutang.
Tutup semua akaun yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.
Dari urusan masuk duit gaji tiap-tiap bulan, perpindahan duit, dan pinjam meminjam. Di Malaysia, kita sudah ada banyak pilihan perbankan Islam.
Begitu juga apabila kita berurusan dengan koperasi yang ada menawarkan skim pinjam dan hutang tertentu.
2) Tidak membeli insurans
Beli lah produk takaful.
Takaful adalah insurans yang Shariah compliant.
Pelbagai produk takaful sudah ada di pasaran sama ada untuk perlindungan motorsikal, kereta, keluarga, kad kesihatan dan seterusnya. Langgan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful selagi dapat.
3) Tidak membeli pelaburan tidak patuh Shariah
Perkara ini tidak nampak mudah, tapi sukar bagi orang awam.
Maklumlah, kebanyakan orang bergantung dengan ejen.
Secara mudahnya, sekiranya prospektus pelaburan tersebut tidak menyebutsiapa panel penasihat Shariahnya, maka itulah produk yang tidak Shariah compliant.
Untuk pelaburan saham, sudah ada senarai saham patuh Shariah.
Untuk pelaburan hartanah, guna pembiayaan perbankan Islam sahaja.
4) Berhati-hati dalam ‘pelaburan emas & perak’
Syaratnya ketat.
Iaitu transaksi perlu dibuat secara tunai.
Jika berlaku secara bertangguh atau hutang, maka sudah jadi riba dalam jual beli.
5) Tidak terlibat dalam pelaburan forex yang ditawarkan di internet.
Ia tidak merujuk kepada tukar duit di money changer.
Ini adalah tentang forex trading yang hari ini banyak ditawarkan secara online.
Persoalan ini sila rujuk – Isu forex haram
6) Berhati-hati dengan skim easy payment
Iaitu pembelian barang secara ansuran.
Yang selalu ditawarkan apabila membeli barang elektrik dan elektronik.
Jika bayar tunai harganya x, kalau tak mampu bayar sikit-sikit untuk sekian bulan. Berhati-hati.
7) Tidak terlibat dengan pinjaman ceti & ah long
Noktah.
.
.
Tidak terhad kepada 7 perkara ini sahaja.
Saya hanya senaraikan perkara utama sahaja. Saya tidak dapat menyenaraikan semua.
Sumber: http://www.pakdi.net/7-cara-utama-untuk-mengelakkan-riba/
Catat Ulasan