loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Video persembahan pembukaan oleh pelakon Faizal Hussein dan penyanyi Tomok pada konsert minggu pertama Gegar Vaganza 2 (GV2) mencatat hampir 700,000 tontonan di laman YouTube.

Pada konsert tersebut yang merupakan minggu pengenalan GV2, buat pertama kalinya menampilkan Faizal Hussein muncul di pentas sebagai penyanyi.

Faizal yang diundang sebagai juri jemputan pada malam tersebut telah menyanyikan lagu popular kumpulan Headwind berjudul ‘Hanya Di Radio’.

Kemunculan Faizal yang terkenal dengan watak Azroy di dalam filem Gila-Gila Remaja itu telah menggegarkan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan jeritan para penonton kerana tidak menyangka pelakon itu boleh menyanyi dengan baik.

Menariknya, video persembahan itu telah mencatat 694,856 tontonan di YouTube dan 43,727 di Astro Gempak.

Sementara itu Tomok pula telah diberi tugasan untuk menyanyikan 12 lagu ‘pengenalan’ peserta GV2.

 

Dua belas peserta GV2 ialah Amir Ukays, Acong Sweetchild, Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Nassier Wahab, Zul Handy Black, Haiza, Sheeda, Farahdhiya, Azian Mazwan Sapuan,  Ezlynn dan Siti Nordiana.

Bagaimanapun tinggal 9 peserta lagi bakal meneruskan perjuangan mereka di konsert minggu kelima GV2 pada Ahad ini selepas Zul Handy Black, Ezlynn dan Sheeda tersingkir pada minggu ketiga dan keempat baru-baru ini.

GV2 telah mula bersiaran sejak 18 Oktober dan disiarkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) dan siara serentak di Ria HD (saluran 123).

Video persembahan artis kuga boleh dtonton secara online di www.astrogempak.com.my/gegarvaganza

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top