Baru-baru ini pelakon Nora Danish dikritik kerana tampil dengan fesyen atas jenamanya sendiri yang menyerupai pakaian rahib gereja.
Seperti artis-artis lain yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, Nora juga memilih untuk mengeluarkan fesyen muslimah.
“Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial. Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlihat seperti itu (rahib).
“Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung. Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambing sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh," jelasnya.
Nora sebelum ini menceburi bidang perniagaan bersama rakan-rakannya dan kini muncul dengan label fesyen sendiri dikenali sebagai owl by Nora Danish.
Nora ketika majlis pelancaran itu bagaimanapun dikritik selepas berpakaian seperti seorang rahib malah membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada jenama tudung. -Siakapkeli.my
Catat Ulasan