KURANG sebulan sahaja lagi pasangan romantis Fouziah Gous dan suami Zhafran Yusof bakal menimang cahaya mata.
Melihat gambar yang dikongsi di laman Instagram, baik Fouziah mahupun Zhafran dilihat begitu teruja meraikan detik indah dalam menjelang kelahiran anak sulung mereka dalam sebuah majlis doa selamat dan baby shower mereka baru-baru ini.
Majlis bertemakan serba putih itu sememang sangat meriah dihadiri oleh ahli keluarga, kawan-kawan serta beberapa rakan artis.
Namun, kami tertarik dengan kewujudan sebuah akaun Instagram yang bernama Zhafoujr.
Melihat nama akaun tersebut, rasa-rasanya boleh diagak akaun itu dicipta khas oleh Fouziah dan pasangannya hasil gabungan nama mereka.
Seperti biasa, pastinya ada ‘suara-suara sumbang’ netizen yang muncul mengkritik tindakan pasangan ini kerana merasakan akaun terlalu awal untuk dicipta.
Bagaimanapun, jika difikirkan bagi kami apa salahnya?
Tambahan pula, Fouziah dan suami juga pastinya mempunyai alasan tersendiri mengapa mencipta akaun tersebut. Tambahan pula, siapa tak teruja menanti anak sulung kan? – MYNEWSHUB.CC
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.