loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Kesedaran untuk memiliki ilmu dan pelajaran tinggi dalam kalangan selebriti muda lebih baik berbanding dengan artis-artis terdahulu.
Hanya sebilangan kecil sahaja yang kita tahu artis-artis lama yang mempunyai segulung ijazah. Antaranya Allahyarham Sudirman, Azhar Sulaiman, Datuk Aznil Hj Nawawi, dan Ahmad Idham.
Namun, sejak kebelakangan ini ianya telah mula berubah disebabkan peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni lakonan dan muzik di Institut pengajian tinggi (IPT), lebih meluas berbanding dahulu.
Malah, apabila seseorang selebiriti yang mempunyai pelajaran tinggi itu dianggap bonus buat kariernya serta lebih dihormati oleh peminat.
Jadi portal Murai kongsikan kepada pembaca 5 artis muda yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik dan boleh dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
 
 1.Najwa Mahiaddin
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia.
Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini juga memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.



2. Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan.
Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
 
 3. Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
 
4. Juliana Evans
Pelakon darah kacukan ini merupakan graduan daripada Sunway University College dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Malah, Jue Evans juga telah menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Western Michigan University di Amerika Syarikat.
Setelah tamat menyambung ‘master’, dia juga telah menjalani kursus lakonan selama 6 bulan di Akademi Filem New York untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuannya dalam bidang lakonan yang dia amat minati.
 
5. Neelofa
Selepas menjulang piala kemenangan Dewi Remaja 2009/2010 ini, Neelofa telah menceburkan diri dalam bidang lakonan filem dan drama. Kemudiaan berjinak-jinak ke bidang pengacaraan dalam program Nona dan juga Meletop.
Dalam memantapkan lagi ‘skills’ dan ilmu dalam bidang lakonan, dia telah terbang ke New York untuk belajar di Sekolah Filem dan Lakonan di Akademi Filem New York selama 6 bulan.
Difahamkan, dia akan kembali semula ke sana dalam waktu terdekat untuk mengasahkan lagi bakatnya serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk karier lakonannya. 
http://www.ohbulan.org/2015/10/5-artis-wanita-cantik-yg-korang-tak.html
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top