SIAPA tidak mengenali vokalis band terkenal Maroon 5, Adam Levine kan..
Dengan kemerduan suara dan rupa paras kacaknya itu, Adam berjaya menggetarkan perasaan setiap wanita di seluruh dunia.
Bukan hanya wanita dan gadis je tau yang ada hati dengan Adam sebaliknya kanak-kanak kecil berusia tiga tahun ini juga tidak terkecuali ‘jatuh cinta’ dengan penyanyi berusia 36 tahun itu.
Lihat sahajalah aksi spontan Mila yang menangis dan menjerit ke arah ibunya, tatkala diberitahu bahawa Adam sudah pun berkahwin.
Susulan video comel itu, hos program bual bicara The Ellen Show, Ellen DeGeneres telah menjemput Mia dan ibunya hadir ke rancangan kelolaannya itu.
Ellen turut memberikan kejutan buat Mila dengan membawakan Adam secara live di hadapan Mia yang menantikan peluang untuk bertemu dengan ‘boyfriend’nya itu.
Apa-apa pun memang comel aksi patah hati Mia yang mampu menggeletek hati setiap yang melihat videonya itu. – MYNEWSHUB.CC
Catat Ulasan