TEKA-teki tentang khabar angin penguguran pelakon Kamal Adli dalam membintangi filem Abang Long Fadil 2, akhirnya terjawab apabila penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam tampil mengesahkan perkara tersebut.
BACA: Isu Kamal Disingkir Daripada Filem, Zizan Nafi Terlibat
Menurut Yusof, keputusan untuk mengugurkan Kamal daripada senarai pelakon filem itu diambil bagi mengelakkan sebarang konflik yang bakal berlaku kelak ketika penggambaran susulan perasaan kurang senang yang wujud antara pelakon utamanya Zizan Razak dengan Kamal.
Jelas Yusof, selain itu, penguguran Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti.
“Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti.
“Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” katanya kepada Harian Metro.
Sebelum ini, heboh dakwaan menyatakan Kamal digugurkan atas permintaan Zizan kerana masalah peribadi yang dihadapi oleh mereka.
Bagaimanapun, Zizan tampil menafikan perkara tersebut dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana dia hanyalah seorang pelakon yang dibayar untuk bekerja oleh penerbit. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro
Catat Ulasan