loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
31Shares
RENTETAN kontroversi yang tercetus di antara pelakon Karl Shafek dan Fynn Jamal menerusi satu tweet di laman makro Twitter baru-baru ini, Karl berharap penyanyi itu tidak terasa dan berkecil hati dengan pertanyaannya itu.
Karl yang menyifatkan tindakannya mempersoalkan nyanyian Fynn menerusi lagu baharunya yang bertajuk Suatu Pernah adalah sebagai seorang pendengar radio dan bukannya penggiat muzik.
“Secara jujurnya tweet saya itu adalah satu pertanyaan dari seorang pendengar radio dan bukanlah orang yang berada dalam bidang seni atau sebagainya.
“Soalan itu terngiang-ngiang dalam kepala agak lama dan saya hanya sekadar mahu bertanya sehingga menulisnya di laman sosial,” katanya ketika ditemui di Istana Budaya semalam.
karls
Fynn-Jamal-Pejuang-Hak-Anak-Tidak-Berdosa-ROTIKAYA-700x430
Fynn Jamal
“Saya haraplah Fynn tidak kecil hati dan terimanya dengan positif. Saya juga harap Fynn tidak menganggap persoalan itu untuk menghentamnya atau memburuk-burukkannya,” tambah Karl.
Di samping itu, Karl juga tidak mempertikaikan serta mengakui hasil karya penulisan Fynn dalam lagu-lagunya sangat hebat dan bermakna.
Tenggelamnya-Kapal-Van-Der-Wijck
Dalam perkembangan lain, Karl turut terlibat dalam pementasan teater ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ yang bakal dipentaskan bermula 12 Oktober hingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Pelakon dan pengacara itu telah diberi kepercayaan untuk menggalas watak Azis dan kini masih aktif menjalani latihan dan membaiki mutu lakonannya demi memberikan yang terbaik minggu hadapan.
“Saya agak terkejut pada mulanya apabila ditawarkan untuk memegang watak itu. Ia juga merupakan cabaran buat diri saya selepas hampir 2 tahun berehat dalam bidang teater dan lakonan,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top