Oleh : Aimi Nordin.Sumber: DailyOnline
Seorang lelaki Jepun telah makan lebih daripada 5,600 mi segera yang berbeza dalam usaha beliau untuk menemui mi segera atau ramen yang paling sedap.
Toshio Yamamoto, 55 telah menghabiskan 20 tahun atas usaha ini dan telah mencuba pelbagai jenis mi dari 40 negara yang berbeza. Blogger fanatik ini telah menulis dua buah buku mengenai perkara ini dan kini telah berhenti kerja hanya untuk menumpukan perhatian kepada mendokumenkan pengalaman beliau ini sepenuh masa.
Beliau menggunakan setiap peluang untuk melancong dengan tugasnya sebagai jurutera reka bentuk peralatan elektrik untuk menyelidik jenama baru mi di dalam mahupun di luar Jepun. Pada suatu ketika, beliau hanya makan mi segera untuk sarapan tujuh hari seminggu, walaupun kini telah mengurangkan kepada lima mi segera.
Beliau menjelaskan, “Apabila kamu selesai makan mi, kandungannya akan hilang walaupun bungkusan kekal. Saya hendak menyimpan rekod kandungannya.” Setakat ini beliau sudah mencuba 5657 bungkus mi segera dan setiap daripada mereka mempunyai video yang khusus.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Trending/Nak-Tahu-Mana-Satu-Mi-Segera-Paling-Sedap,-Blogger
Catat Ulasan