loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
1.3kShares
SEMEMANGNYA perasaan cinta dan mahu berpasangan adalah fitrah bagi semua manusia.
Malangnya, tidak semua pasangan bercinta yang beragama Islam mampu menjaga batas-batas pergaulan yang disyariatkan sehingga boleh terjerumus ke dalam lembah maksiat.
11206843_963517093682940_2392109396067754578_o-750x422
Atas dasar itu, satu program yang dikenali sebagai ‘Halal Speed Dating’ diwujudkan dengan tujuan menggalakkan orang ramai mencari jodoh dengan cara terhormat dan berlandaskan Sunnah.
Malah, kesemua peserta dinasihatkan agar membawa pengiring sama ada wali, mahram atau rakan sejantina yang boleh dipercayai ketika menghadiri acara ini.
Ternyata, platform mencari jodoh ini mendapat sambutan hangat selepas dua kali dianjurkan di Kuala Lumpur iaitu pada sekitar bulan Mei dan terbaharu, 3 Okt lalu.
Salah seorang peserta, Siti, 29, yang merupakan seorang pereka grafik mengakui hadir ditemani ibu bapanya untuk bertemu dengan peserta lelaki yang diharapkan sesuai untuk menjadi calon suaminya.
“Saya menyertai acara ini untuk mencari lelaki yang boleh dijadikan teman hidup kerana sebelum saya banyak meluangkan masa dengan keluarga,” ujarnya yang tidak lagi menjalinkan hubungan cinta selepas tamat pengajian universiti.
Difahamkan, selepas menyertai acara ini, peserta yang menjumpai pasangan sesuai akan mendapatkan persetujuan ibu bapa kedua-dua belah pihak sama ada bersetuju untuk menuju ke peringkat seterusnya dan berkahwin.
Menurut panganjurnya Zuhri Yuhyi, acara ini telah berjaya menyatukan 14 pasangan yang bakal mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin tidak lama lagi.
Selain mencari jodoh, program ini turut berkongsi beberapa nasihat mengenai alam perkahwinan. – MYNEWSHUB.CC
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top