Oleh : Aimi Nordin Sumber: viralnova
Apabila Sarah Szymczak dan suaminya serta empat orang anak berpindah dari rumah mereka di Minnesota ke Washington State, mereka tahu ianya untuk proses penyesuaian diri.
Selepas menonton I’m Fine, Thanks, sebuah dokumentari mengenai beberapa orang yang mengejar impian mereka, Szymczak dan suaminya Ed membuat keputusan mungkin mereka juga patut mengembara dan mengejar impian. Untuk itu, keluarga tersebut membeli sebuah bas dan mengubah suai keseluruhan bas tersebut untuk dijadikan rumah dan pada masa yang sama kenderaan untuk mereka bergerak.
Rumah tersebut lengkap dengan segala keperluan. Buat masa beberapa tahun mereka mengembara menggunakan bas, anak-anak di didik dengan ‘home-school’. Malangnya, anak-anak semakin besar dan mereka perlukan lebih banyak rumah. Jadi, nak taknak mereka harus kembali ke Minnesota.
“Kita akan rindukan cara hidup yang ringkas, dengar bunyi hujan di atas bumbung bas, kami akan rindukan tanah yang cantik dan hijau. Ianya adalah hadiah yang paling bernilai untuk kami alami dan nikmati,” kata Ed
“Dan di akhir tahun mengembara dengan bas ini, kami terpaksa lepaskan kerana kadang-kadang hidup memang begitu.”
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.