Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock berjaya memecahkan Rekod Dunia Guiness. Bintang Hollywood dan bekas ahli gusti itu memecahkan rekod dunia apabila berjaya merakam selfie paling banyak dalam masa 3 minit.
Beliau yang berada di London bagi menghadiri sesi tayangan perdana filem terbarunya yang berjudul San Andreas. Beliau yang juga pelakon Fast 7 itu berhasrat untuk memecah rekod dunia dengan mengambil gambar selfie paling banyak bersama peminatnya dalam tempoh 3 minit.
Hanya gambar yang jelas sahaja diambil kira. Pengadil Rekod Dunia, Mark memastikan beliau wajah dan leher para peminat haruslah lengkap dan gambar tidak kabur. Bintang berusia 43 tahun itu berjaya menangkap 105 selfie dalam tempoh 3 minit lantas memecah rekod dunia.
Catat Ulasan