loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Oleh RTKY Staff pada 
01 September 2015, 2:09AM
Tidak mahu mendabik dada dan meninggi diri, Mia Sara mengakui dirinya sangat bersyukur kerana mempunyai peluang yang luas dalam bidang lakonan selain mampu menjana pendapatan sendiri di kala usia 10 tahun.
 
“Mia pun tidak sangka pada usia kecil-kecil ini, Mia sudah dapat pergi ke sana sini disebabkan berlakon. Paling seronok pengalaman Mia berlakon dalam drama komedi Strawberi dan Karipap apabila dapat ke Australia. Jangan pula ingat, apabila Mia dapat pergi ke sana sini itu, Mia ni dah berlagak pula dengan orang lain”
“Mia rasa bersyukur sahaja dan mungkin ini rezeki Mia,” katanya kepada Sinar Harian selain menjelaskan dia tidak bimbang dengan kehadiran pelakon kanak-kanak dan menyifatkan perkara tersebut tidak mmendatangkan masalah kepadanya.
“Mia ok sahaja sebab kalau ada ramai pelakon baru, lagi banyak kawan Mia. Mia juga tidak merasakan kehadiran mereka itu satu persaingan bagi Mia,” jelasnya.

Selain itu, menurut Mia, ketika berada di awal musim persekolahan, dia mengakui sering diejek rakan-rakan kerana berlakon namun lama-kelamaan dia menganggap perkara tersebut hanya sebagai gurauan. (rtky/s)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top