loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Suriati Nohd Noor, isteri kepada arwah Harun Salin Bachik baru-baru ini berkongsi perjalanan hidup mereka sekeluarga selepas kematian pelawak berkenaan.

Umum mengetahui bagaimana keakraban Harun dan pelawak Afdlin Shauki seperti adik-beradik. Mereka berdua kerap muncul bersama di dalam rancangan lawak dan filem.

Menurut Suriati, Afdlin membantu dengan menyara persekolahan anak-anak mereka. Hal itu didedahkan oleh isteri Harun menerusi Melodi baru-baru ini.

"Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga.

“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,” jelas Kak Su menahan air mata. 
Memetik Rotikaya, dia juga menjelaskan bahawa suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun Salim Bachik demi meneruskan legasi arwah.
Ternyata tanpa adanya sebarang pertalian darah, Afdlin mampu membuktikan sucinya makna sebuah persahabatan. -Siakapkeli.my
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top