loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
36Shares
NAMPAKNYA pelbagai cara dilakukan oleh blogger di internet untuk cepat menjadi popular dan mendapat ranking tinggi. Antaranya dengan menyebarkan berita palsu yang paling tergempar.
Kebiasaanya, selebriti adalah insan yang sering menjadi mangsa taktik kotor ini.
Jika sebelum ini berlaku kepada Adi Putra yang kononnya didakwa menghidap kanser, terbaharu menimpa pula kepada pelakon jelita Lisa Surihani apabila tersebarnya khabar angin menyatakan dia telah selamat bersalin disertakan lengkap dengan gambar bayi milik pasangan selebriti itu.

BACA: Adi Putra Nafi Hidap Kanser, Kesal Berita Palsu Blog Hiburan

Kesal dengan berita palsu itu, Lisa yang sinonim dengan jolokan ‘Malaysian Sweatheart’ menafikan berita tersebut menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.
1

“Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar.
“Walaupun headline ditulis dengan ‘soalan’ , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini. Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa-apa, saya masih belum bersalin buat masa ini.
“Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar.
“Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? terima kasih,” tulisnya.
Difahamkan, laporan palsu yang menyatakan Lisa Surihani telah selamat bersalin mula disebarkan dan menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Diharapkan semoga Lisa Surihani selamat melahirkan bayi sulungnya itu. – MYNEWSHUB.CC


Oleh: CARRIE
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top