loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Seni bela diri atau seni pertahankan diri telah wujud sekian lamanya. Seni bela diri terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempur bersenjata dan tempur tanpa senjata. 
Pada zaman nenek moyang dulu, seni bela diri biasanya hanya dipelajari oleh pihak tentera untuk bertempur ketika perperangan. Namun seiring peredaran zaman, orang awam juga mula mempelajari seni bela diri tanpa mengira bangsa, jantina dan golongan umur. Seni mempertahankan diri dianggap suatu perkara yang penting dikalangan orang awam di zaman ini kerana bermacam kejadian jenayah berlaku tanpa diduga. 
Dibawah ini adalah antara 12 senibela diri yang paling terkenal dan digeruni di saentaro dunia :
Sumber Foto : c3.staticflickr.com
Silat
Silat merupakan seni bela diri rumpun Melayu yang terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Sehingga kini, terdapat hampir 500 jenis aliran silat yang diamalkan di Malaysia.
Sumber Foto : 2.bp.blogspot.com
Tomoi
Tomoi atau Muay Thai adalah seni bela diri yang terkenal di negara gajah putih iaitu Thailand. Seni bela diri yang kebiasaannya menggunakan kekuatan siku dan lutut sebagai senjata utama menjadikan tomoi sangat unik
Sumber Foto : autocww.colorado.edu
Taekwondo
Kebanggaan orang Korea yang ditambah baik pada 1940 dan 1950. Menggunakan simbol 'payung', sewaktu penaklukan Jepun keatas Korea, seni bela diri ini diharamkan.
Sumber Foto : aidobonsai.files.wordpress.com
Karate
Dibangunkan di Pulau Ryukyu, Jepun. seni bela diri ini banyak dipengaruhi gaya Kung Fu dari China. Sempena pertukaran budaya yang berlaku antara China dan Jepun ia secara sistematik di ajar di Jepun semasa era Taisho. Jepun mengubah nama kepada Karate dan memasukkan elemen-elemen jepun untuk mengidentitikan martial arts tersebut.
Sumber Foto : www.neijia.pt
Kung fu
Tak lain tak bukan merupakan martial arts yang berasal dari China. Orang Cina memanggilnya 'gong fu'. kewujudan Shaolin kungfu berkait rapat dengan institusi pertama yang wujud di China dan ia merupakan satu-satunya bukti peninggalan askar Shaolin dalam peperangan.
Sumber Foto : utrecht2013.com
Judo
Telah dimodenkan dan menjadi antara acara dalam Olimpik. Objektifnya mudah untuk menumbangkan pihak lawan atau menjatuhkan pihak lawan ke tanah. Judo diambil dari perkataan Jujutsu yang membawa maksud 'hasil jalan kelembutan.

Sumber Foto : www1.pictures.zimbio.com
Wushu
Wushu juga merupakan sambungan daripada Kung fu yang terlahir dari negara matahari terbit ini. 'Wu' merupakan dari 2 karektor bahasa cina yang bernama 'Zhi' yang membawa maksud 'berhenti' dan 'Ge' merupakan satu senjata purba China. Jadi secara tidak langsung, pengamalan Wushu adalah bertujuan untuk menghentikan konflik dan mengembangkan keamanan sambil mempertahankan nilai tinggi budaya seni mempertahankan diri.
Sumber Foto : kendoinfo.files.wordpress.com
Kendo
Kendo merupakan seni mempertahankan diri moden bagi negara jepun yang membawa maksud 'laluan pedang'. menggunakan batang tebu sebagai perisai kini ia diamalkan di pelbagai negara seluruh dunia.

Sumber Foto : roberthutchinson.com
Aikido
Berbeza daripada Kendo, Aikido banyak dipengaruhi oleh falsafah dan juga kepercayaan. Mempercayai pada penyatuan tenaga. Wujudkan seni mempertahankan diri ini adalah lebih kepada membela diri serta mengelakkan penyerang dari mendapat kecederaan.
Sumber Foto : jaihindkalari.com
Kalaripayat
Asalnya dari Kerala dan merupakan salah sat dari  sistem serangan yang tertua wujud di dunia. Kini ia banyak diamalkan di Tamil Nadu dan juga komuniti kecil di Malaysia yang berketurunan Malayali. Antara gerakan adalah serangan, sepakan, pergelutan, senjata yang disatukan dalam tarian kerala.

Sumber Foto : jothisilambam.com
Silambam
Berlainan dengan Kalaripayat, silambam menggunakan senjata. Tradisinya diamalkan oleh masyarakat Tamil, Silambam merujuk pada perkataan Silam yang membawa maksud 'bukit' dan kannada membawa maksud 'tebu'. Antara teknik/cakra terkenal adalah  nagam-16 (ular-16), kallapathu (10 pencuri), kidamuttu (sampukan kepala kambing), kuravanchi, kalyanavarisai, thulukkanam.

Sumber Foto : abadamelb.com.au
Capoeira
Merupakan seni mempertahankan diri Brazil, ia menggabungkan tiga elemen iaitu tarian, akrobatik dan juga muzik. Capoeira dikenali dengan kepantasan, gerakan yang kompleks yang kesemuanya menggunakan tenaga yang kuat, kuasa pecutan yang disamarkan dalam tarian. Pada tahun 2014, ia diiktiraf sebagai salah satu seni warisan tak ketara oleh UNESCO
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top