Dengan sekali lafaz bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, 38, sah bergelar isteri kepada seorang duda yang juga merupakan wartawan, Muhammad Faizal Zakaria, 41, sebentar tadi.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid As-Sobirin, Keramat Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Akad nikah tersebut disempurnakan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan berwalikan bapanya, Abdul Manan Tadin.
Selain ahli keluarga, majlis tersebut turut dihadiri oleh dua sahabatnya yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Azza dan Sasha Saidin.
Terdahulu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mula berkenalan dengan Faizal pada Disember 2013 atas urusan kerja.
Sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, dan berkahwin pada Julai 2003. Namun jodoh mereka tidak panjang dan pasangan ini bercerai pada Jun tahun lalu.

http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160474/Tersenyum-Simpul-Abby-Abadi-Dengan-Sekali-Lafaz-Sah-Milik-Faizal.aspx#.Vc2w5hcA070.facebook Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan