loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Oleh: Aimi Nordin. Sumber : Sunnyskyz.com
 
Zaman sekarang ni rasanya dah tak ada masalah buat kerja sendirian asalkan ditemani smartphone. Betul tak? Naik public transport main telefon, keluar dengan kawan-kawan main telefon, makan pun masih bertemankan telefon.
 
Brook Ochoa sedang berjalan masuk ke sebuah restoran di Texas untuk makan tengah hari dan menahan pintu tersebut untuk memberi laluan kepada wanita di belakangnya. Apabila dia terdengar wanita tersebut meminta, “Table for one.” Dia bertanya bolehkah dia makan sekali bersama wanita tersebut.
 
Wanita tersebut terlalu gembira dan bermula persahabatan mereka.
 
Brook memuat naik statusnya di Facebook
 
“Hari ni saya makan tengah hari di restoran dan saya lihat seorang wanita yang lebih tua datang dari belakang jadi saya tunggu untuk bukakan pintu untuknya, beliau sangat manis dan ucapkan terima kasih. Kemudian beliau memberitahu pekerja restoran, meja untuk seorang, jadi saya pun tunggu dan dengan teragak-agak saya cakap “saya pun makan seorang diri sudi tak awak makan dengan saya?” Dia terlalu gembira! Rupanya beliau menghabiskan masanya bertahun-tahun tinggal dengan ibunya yang baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini dan makciknya yang di hantar ke pusat jagaan. Jadi, dia sedikit tertekan dan sunyi. Kami berbual, beliau sentiasa tersenyum dan ucapkan terima kasih kerana sudi mendengar ceritanya yang membuatkan saya juga tersenyum. Ini adalah keputusan yang terbaik pernah saya buat tahun ini. Nama wanita ini Delores, dan kami akan makan tengah hari bersama setiap Khamis mulai hari ini”
 
Brooke hanya ingin lakukan satu perbezaan dalam hidup orang lain. Untuk jadi lebih baik dan percaya ada untuk seseorang yang memerlukan boleh buat dirinya gembira. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top