Buah nanas banyak tumbuh di kawasan tropika seperti Malaysia. Buahnya yang segar dan kaya dengan air mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
Tapi tak ramai yang tidak sukakan buah berwana kuning ini kerana tajam. Ketahui manfaat baik yang boleh diperoleh dari buah nenas.
1. Kaya dengan vitamin A
Nenas kaya dengan vitamin A dan beta karotena yang baik untuk kesihatan mata, paru-paru dan mencegah penyakit jantung.
2. Baik untuk diabetes
Kandungan magnesium dalam nenas membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka, dan menstabilkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
3. Elak dari selesema
Kandungan vitamin C berfungsi untuk melindungi anda dari selesema dan penyakit lain. Selain itu vitamin C dalam nanas membantu untuk mengurangkan risiko dari radikal bebas.
4. Baik untuk tulang dan gigi
Mengandungi fosforus yang baik untuk kesihatan tulang dan gigi.
5. Kurangkan risiko tekanan darah
Nanas mengandungi banyak kalium yang dapat mengurangkan risiko dari tekanan darah tinggi.
6. Elak sembelit
Membantu untuk mengurangkan sembelit. Jika anda sembelit, cubalah makan buah nanas, sembelit anda akan berkurang.
7. Baik untuk diet
Kalori dalam buah nanas yang rendah, baik untuk diet anda. Air yang banyak dalam buah nanas juga membuatkan anda kurang rasa lapar.
8. Memberi tenaga
Mengandungi thiamine berfungsi untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga dan tidak cepat rasa lapar.
http://hanasuva.com/2015/08/28/suka-buah-nenas-ketahui-8-fakta-menakjubkan-tentang-buah-nenas/
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan