Youtube Vlogger Sam dan Nia mendapat perhatian Netizen setelah video mereka tentang pengumuman berita kehamilan menjadi viral.
Kebiasaannya, si isteri yang akan membuat kejutan kepada suami apabila mendapat tahu sedang hamil tetapi berlainan pula kepada pasangan ini apabila Sam mendapat tahu berita ini dahulu.
Jadi bagaimana Sam boleh tahu dahulu? Sam mendedahkan di awal video di mana Nia memberitahu kepadanya tentang tempoh kitaran haid yang tidak teratur lalu Sam mengesyaki bahawa isterinya mungkin hamil.
Untuk mendapatkan kepastian, Sam melakukan siasatan sendiri. Kebiasaannya, Nia selalu membuang air kecil pada waktu malam tetapi dia tidak “flush” kerana tidak mahu mengejutkan anak mereka yang sedang tidur.
Lalu Sam menyelinap masuk ke dalam bilik air dan mengambil sampel urin untuk di gunakan pada kit ujian kehamilan.
Sam amat terkejut apabila ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif. Dia tidak sabar untuk memberitahu Nia. Sam pergi ke dapur dan ketika itu Nia sedang menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.
Sam mengusik isterinya dengan memberitahu mungkin dia sedang hamil tetapi Nia tidak percaya dengan berita itu kerana menyangka semua ini adalah prank dari suaminya.
Sam meyakinkan isterinya tentang berita kehamilan itu dengan menunjukkan kit ujian yang menunjukkan keputusan positif.
Apabila Sam memberitahu kepada Nia yang dia sebenarnya mengambil sampel urin isterinya itu, Nia terus terpaku dan amat gembira dengan berita kehamilan ini termasuk anak mereka.
Sam mengambil sampel urin milik isterinya Nia
Sam membuat ujian kehamilan dan hasilnya menunjukkan positif

Sam membuat kejutan kepada isterinya dengan khabar gembira ini
Apa yang dilakukan oleh Sam dalam video ini sangat “sweet” dan menyentuh emosi. Jom tonton video pasangan Sam dan Nia ini yang mendapat tontonan sehingga 4 juta pengguna.
sumber:http://sajakongsi.com/suami-ini-mendapat-berita-isterinya-hamil-dengan-cara-yang-paling-sweet-dan-unik-sekali/
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.