PERSENGKETAAN yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan masih lagi tidak menemui titik nokhtah.
Malah, sikap berdolak-dalih Adil dalam menyelesaikan masalah bersama Rita mengundang tanda tanya.
Buktinya, Aidil yang juga merupakan seorang pemain bola sepak terkenal ini sering kali gagal hadir ke mahkamah hingga menyebabkan perbicaraan antara mereka asyik tertunda.
Perkara itu didedahkan oleh Rita baru-baru ini yang memuat naik gambar ketika berada di mahkamah menerusi laman Instagramnya.
Pendedahan Rita mendapat reaksi peminatnya yang turut mempersoalkan tindakan Aidil tidak mahu menyelesaikan perkara ini dengan cepat.
Jika dimbas beberapa babak konflik mereka sebelum ini, Aidil pernah mendakwa bekas isterinya itu hanya pandai bersandiwara.
Namun, melihat situasi yang berlaku kini tidak tahu sampai bila episod antara Rita dan Aidil akan berakhir. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan