KADANG kala tekak kita pun nak ubah selera, nak makan masakan yang sinonim dengan masyarakat Cina.
Namun rata-rata daripada kita agak was-was dengan status halal bagi sesetengah premis yang berkonsepkan makanan Cina ini.
Tapi anda tak perlu berasa gusar dengan status masakan yang didatangkan khas dari Selatan China bertempat di Restoran Amber Chinese Muslim yang kini dibuka di Nexus, Bangsar South, Kuala Lumpur.
Restoran berkonsepkan hidangan Cina Muslim ini diasaskan oleh Haji Ismail Nuh, yang mana di seluruh China sahaja Restoran Amber ini sudah mempunyai sebanyak 19 cawangan sejak outlet pertama dibuka pada 2009.
Menurut Ismail, operasi restoran pertama mereka adalah di Lanzhou, China dan kini beliau berhasrat untuk melebarkan perniagaannya di Malaysia pula.
“Di Malaysia, kami memulakan cawangan pertama dengan pelaburan sebanyak RM1.5 juta. Kami menyasar untuk membuka 15 lagi cawangan di negara ini bagi mengukuhkan jenama Restoran Cina Muslim Amber di Malaysia,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran restoran itu di Bangsar, semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu sekumpulan pelajar tahfiz yang dijemput khas dari Ampang, selain majlis diserikan oleh pengacara majlis yang cantik manis, Heliza Helmi.
Yang menariknya mengenai restoran milik Ismail ini ialah kepelbagaian menu makanan bertaraf lima bintang yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan sekali!
Bermula dari harga serendah RM2 sehingga ke RM48, terdapat lebih daripada 40 menu makanan yang boleh didapati di sini yang dibahagikan kepada empat segmen iaitu hidangan sejuk sebagai pembuka selera, hidangan panas, pelbagai mi tarik dan masakan panggang.
Turut diadakan pada majlis pelancaran itu ialah demonstrasi pembuatan mi tarik oleh chef yang berasal dari China.
Rupanya bukan senang nak tarik mi kerana ianya memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menguasai kepakaran menarik mi tanpa langsung terputus sambungan tepungnya.
Membawa pengaruh gaya masakan dari wilayah Selatan China, kebanyakan hidangan menjadikan daging kambing dan lembu sebagai bahan asas serta penggunaan banyak cili. Turut diperkenalkan hidangan popular daerah Lanzhou, Gansu iaitu tempat asal perniagaan Amber yang mula menjadi tarikan masyarakat tempatan iaitu mi tarik atau La Mien.
Bagi mengekalkan rempah ratus dalam masakan di kedainya, Ismail menggunakan rempat ratus yang dibawa khas dari China bagi mengekalkan rasa tradisional, selain bahan masakan digunakan tidak terdapat di pasaran tempatan seperti lada liar Sichuan atau dikenali sebabai ketumbar Cina.
Dengan keluasan ruang yang boleh menempatkan sehingga 130 orang pada satu-satu masa, Restoran Amber pastinya menjadi pilihan buat anda yang sukakan ruang makan yang luas selain suasanan cozy dan santai untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk anda yang inginkan suasana yang lebih private, terdapat beberapa buah bilik VIP disediakan untuk majlis persendirian.
Antara menu yang wajib dicuba ketika berkunjung ke sini sudah pastilah signature dishnya iaitu Mi Tarik Daging Cincang yang didatangkan dalam bentuk set dengan sup panas, minyak cilik serta hirisan daging menjadikan sajian ini terasa menyelerakan.
Pelbagai sajian menarik yang ditawarkan Restoran Cina Muslim Amber yang dijangka bakal membuka satu lagi cawangan di Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.
Pelanggan boleh juga mencuba variasi mi tarik yang lain antaranya, Mi Tarik Daging Tomato, Mi Tarik Sayur Campur, Mi Tarik Goreng Daging Cincang dan Mi Tarik Ala Xinjiang.
Bagi yang kurang mengemari hidangan yang berasaskan mi, usah risau sebab ada banyak lagi menu menarik yang ditawarkan mereka antaranya hidangan ala cartemasakan panas yang pastinya membuatkan anda dah tak sabar nak dig in!
Ikan Bakar, Tofu Sizzlin, Telur Daging Pedas, Udang Goreng Pedas Bersama Kentang, Ayam Masak Pedas, Itik Perap Ala Shanghai dan Lamb Kebab antara menu yang anda wajib cuba ya!
Kalau dah singgah ke sini, jangan lupa try minuman istimewa teh Cina yang diadun dengan ramuan khas lapan herba iaitu buah goji, kurma merah, bunga Chrysanthemum, buah mata kucing, teh hijau, bijan dan kacang walnut. Memang menyegarkan!
Jadi jangan lupa luangkan masa membawa ahli keluarga dan orang tersayang di Unit 1-124, Aras 1, Nexus, Bangsar South.
Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut berhubung restoran ini, anda boleh melayari media sosial Facebook, Twitter dan Instagram mereka dengan mencari keyword Amber Chinese Muslim.
Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: RIZA RAZAK
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Foto: RIZA RAZAK
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.