Wanita dan cermin tidak boleh dipisahkan, kerana dari cermin itu lahirlah keyakinan dirinya sebagai seorang wanita. Dengan cermin wanita dapat memilih, mengatur dan menilai sejauh mana tahap kecantikan dan penampilannya. Cermin juga memberi kepuasan kepada wanita. Kalau bersiap dan berdandan tanpa cermin, rasanya diri mereka bagaikan serba tidak kena.
Kadangkala, cwrmin juga mendatangkan kerunsingan dan kesedihan terutamanya kepada golongan wanita. Mereka akan menjadi kecewa selepas melihat dirinya di hadapan cermin. Masalah rupa paras, bentuk tubuh badan, cara berpakaian, cara menghias wajah, masalah kecantikan dan sebagainya memberi kesan negatif wanita terhadap dirinya. Diinspirasikan dari muzik video John Legend yang bertajuk “You and I”, personaliti Mix fm dan selebriti tempatan meluahkan perasaan tentang apa yang mereka lihat mengenai personaliti mereka setelah melihat cermin.
Apabila melihat diri ke cermin, kawal emosi dan kuatkan keyakinan untuk menerima diri seadanya. Kecantikan diri itu datangnya dari dalam jiwa serta peribadi yang mulia dan jelas setiap dari wanita mempunyai kecantikan dengan cara serta gaya yang tersendiri. Saksikan video yang penuh inspirasi tentang wanita dan cermin. Jangan lupa sediakan tisu dulu!
Sumber video dari Mix Fm
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan