Penyanyi Stacy menegaskan pemilihan dia memeluk agama Islam bukan kerana kekasihnya, penyanyi Akim Ahmad.
Sebaliknya Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, memberitahu hatinya terdetik mendalami Islam sejak tujuh tahun lalu dan nekad meneruskan hasratnya itu pada tahun lalu.
"Saya masuk Islam bukan kerana Akim. Kalau tiada jodoh dengan Akim pun, saya tetap pilih agama Islam.
"Sebelum ini saya tidak ada agama tetapi pada 2012 saya secara rasmi menganut agama Kristian kerana mengikut keluarga saya.
"Ini kerana saya dibesarkan dengan latarbelakang keluarga yang di kalangan ahli keluarga separuh beragama Islam dan separuh lagi beragama Kristian. Kami sudah dididik percaya pada satu tuhan saja.
"Tapi pada tahun lalu, saya lebih suka bercakap tentang Islam. Malah sejak bila berpindah ke Kuala Lumpur, saya banyak bergaul dengan orang Islam dan itu yang membuatkan saya kuat dan lebih minat ke arah Islam. Saya yakin Islamlah agama yang saya mahukan," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Astro, semalam.
Turut hadir ibu bapanya iaitu Anam Bayar, 53, dan ibunya Agnes Kaloos, 57.
Stacy melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat Jabatan Agama Islam Johor pada Isnin lalu pukul 10 pagi.
Namun gambar dan sesi dia sedang memeluk Islam dirakan tanpa kebenaran sebelum dibocorkan di internet dan menjadi viral. - MalaysiaGazette
Catat Ulasan