loading...

Update Terbaru KITA BANTAI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BERITA penyanyi dan penulis lagu, Hazami dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) akibat menghidap penyakit pendarahan usus benar-benar mengejutkan industri seni.

BACA: Sapelah Yang Sebarkan Hazami Dah Meninggal Dunia?

Bagaimanapun setelah beberapa hari menerima rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, Hazami akhirnya dibenarkan pulang pada Rabu lalu.
Bercerita kepada media mengenai penyakitnya, Hazami mendedahkan punca dirinya menderita penyakit pendarahan usus disebabkan sikap obsesnya mahu menurunkan berat badan.
Menurutnya, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.
“Saya pernah dahulu mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.
“Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.
“Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital,” katanya.
Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu alih bahasa siri drama popular Korea Selatan,Sonata Musim Salju itu berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediaman ibunya di Gombak.
Hazami 2
Pada masa yang sama, Hazami akui ketagihannya terhadap kopi pekat juga menjadi sebahagian punca menghidap penyakit itu.
Oleh itu, sejak pulang dari hospital, Hazami mula mengubah cara pemakanannya dan mengambil pemakanan yang lebih sihat.
Hazami turut menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepadanya.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: mStar Online
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top