Penggunaan media sosial yang meluas pada masakini sememangnya memberi pelbagai kebaikan mahupun keburukan. Antara keburukan yang sering terjadi terutamanya bagi golongan muda apabila mereka asyik dan leka dengan gadget masing-masing.
Tidak hairan aktor Bollywood seperti Saif Ali Khan rimas dan kurang gemar dengan tingkah laku anak lelakinya, Ibrahim Khan yang dilihat suka memuat naik gambar dengan beberapa orang wanita di laman media sosial.
Lebih-lebih lagi tersebarnya foto selfie mesra Ibrahim Ali dengan Khushi Kapoor iaitu anak kedua aktres terkenal Sridevi sehingga menimbulkan pelbagai cerita yang kurang enak.
Dipetik menerusi Indian Express, Saif Ali Khan sempat menegur anaknya Ibrahim agar berhati-hati dalam menggunakan pelbagai aplikasi di media sosial terutamanya apabila memuat naik gambar atau sebarang video.
“Sewaktu kami sedang makan malam, saya menegur Ibrahim supaya lebih berhati-hati dengan penggunaan media sosial. Nasihat saya cuma bertindak bijak dan tidak memalukan ahli keluarga.
“Kongsi apa yang penting sahaja kerana sekiranya timbul sesuatu perkara yang buruk masyarakat tidak peduli dengan sebarang alasan yang anda berikan,” jelas Saif Ali Khan kepada pihak media.
Tambah Saif Ali Khan, dia tidak mahu Ibrahim melakukan kesilapan yang boleh merosakkan reputasi keluarga namun percaya anak lelakinya itu mampu berfikir panjang jika membuat sebarang keputusan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.