Oleh Zarul Zulkifli. Sumber dari Elite Readers.
Kura-kura yang bernama Manuela ini adalah haiwan peliharaan bagi keluarga Almeida. Kura-kura ini pada mulanya telah hilang di rumah mereka yang terletak di Rio di Janeiro, Brazil pada tahun 1982 kira-kira 30 tahun yang lepas. Usaha untuk mengesan kura-kura ini gagal semenjak kehilangannya tetapi keluarga ini menjumpai semula haiwan peliharaan kesayangan mereka ini pada bulan lepas.
Keluarga ini percaya mungkin kura-kura mereka menghilangkan diri ke belukar belakang rumah mereka ketika rumah keluarga ini sedang dalam proses pengubahsuaian. Awal bulan ini, Leonardo anak lelaki keluarga ini terjumpa sebuah kotak yang mengandungi pemain piring hitam antik ketika membersihkan bilik stor rumah itu. Dia bercadang untuk membuang kotak itu dan meletakkannya di depan rumahnya bagi membolehkan lori sampah mengutip kotak tersebut untuk di bawa ke tapak pelupusan sampah. Jirannya yang kebetulan berada di situ menegur Leonardo dan bertanya “Anda tidak akan buang kura-kura itu juga kan?”
Leonardo cuba memeriksa kotak itu dan dia terkejut apabila kura-kura yang bernama Manuela itu berada di dalam kotak itu dan masih hidup lagi selepas hilang semenjak 30 tahun yang lepas. Manuela terperangkap dalam bilik stor itu dan sembunyi di dalam kotak itu selama tiga dekad.
http://sajakongsi.com/keluarga-ini-jumpa-semula-kura-kura-mereka-selepas-30-tahun-hilang/
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . KITA BANTAI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.